CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, July 25, 2008

Gambar-gambar buat kenangan selamanya

Gambar-gambarnya..


Di Kidz Zone.
Kami menari untuk 'Kidz Zone' anjuran Radio Ria

Ahli Fikir
Kami bersama Ahli Fikir di Suria.

Anuar Zain, Mawi
Kami berseronok di situ.
Vince, Marcell
Siti Nurhaliza, Nirina
Banyak gambar.
VE & dancers.
Ini Kumpulan kami+VE dancers
Kumpulan..
Di suntec..

Kami mengambil bahagian di Suntec, satu peraduan hebat yang diadakan setiap tahun. Walaupun kami dapat ke finals, kami dapat sagu hati sahaja. Saya berasa hampa kerana tidak mendapat tempat pertama..Saya bercuba lagi dan lagi dan akhirnya, kami dapat banyak memperbaiki tarian kami dan memenangi banyak peraduan yang lain.

Thursday, July 24, 2008

Piala Kemenangan

Berkat hasil kerja keras kami, ini adalah piala-piala kemenangan kami.


Yang ini ialah piala penghargaan dari Jamiyah Singapura, sebuah badan kebajikan yang membuat sambutan hari kanak-kanak untuk anak yatim piatu, anak-anak cacat dari berbagai bangsa dan kaum. Saya rasa bangga kerana dapat berbakti.

Sunday, July 20, 2008

Siapakah MATK?

Kami adalah sekumpulan kanak-kanak berumur antara umur 8 dan 13 tahun tetapi sekarang kami sudah dewasa sedikit. Ramai dari kumpulan kami datang dari keluarga seni. Saya bermula sebagai kawan sahaja dan lambat laun, saya diajak menari hip-hop bersama mereka. Mula-mula saya malu tetapi kemudian, saya seronok sekali.

MATK Inc terdiri daripada:

Kimberly- One minute of Fame'Kim Spears ' peminat Britney Spears. Sekolah Rendah Lakeside.
Shazran- Permanang Individul Suntec 'Lil Micheal Jackson ' peminat Micheal Jackson.
Shahiran- 'Freeway Shah' breakdancer
Erliyana- 'Liara ' peminat Ciara. Sekolah Rendah Lianhua. Suka warna merah jambu.
Atrisya- 'Shanet ' peminat Janet Jackson. Sekolah Rendah Lianhua/Concord.
Syazlin- 'Missy Syaz ' ketua kumpulan dan yang tertua. Sekolah Menegah Yusof Ishak.
Suzana(saya)- 'Ana Rox ' peminat Siti Nurhaliza. Sekolah Rendah Fuhua!

Saturday, July 19, 2008

Untuk kerja amal

Inilah tarian kami untuk Children's Cancer Society. Dari sini kami belajar untuk berbakti kerana dapat membuat hiburan untuk kerja amal.





Friday, July 18, 2008

Nama-nama dan Logo MATK

Ini nama-nama kami(M.A.T.K Inc.)

Kami mengambil gambar ini sebelum menari di Suntec City.[The Next Big Thing!]=)
(By Wansmoof.)

Thursday, July 17, 2008

1st Dance Work Challenge Shield

Inilah persembahan yang paling bermakna bagi saya kerana ia memberi tahu semua orang supaya jangan mengambil dadah. Ia dianjurkan oleh Central Narcotic Bureau. Peraduan ini adalah pertama kali diadakan dan kumpulan kami menjadi Champion yang pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai dan Challenge Shield.


http://youtube.com/watch?v=7GtN6q8wfKU

Di sini saya belajar tentang salahnya mengambil dadah ketamine. Sungguh berguna peraduan ini kerana ia memberi pelajaran kepada ramai orang-orang muda dan kanak-kanak.

Thursday, July 10, 2008

Makanan

Selepas setiap 'Dance Competition'dan persembahan kami akan makan di Mc Donalds, KFC, Starbucks, dan banyak lagi.. Saya paling suka makan di Starbucks tetapi harganya mahal..



(by Google)







Inilah masa yang seronok kerana dapat relax dan bergembira bersama kawan-kawan dan keluarga. Disini juga kami berbual-bual tentang kemenangan kami.

Kami selalu makan terlalu banyak sampai perut hendak meletup. Kami pun suka makan di Swensons.. Saya paling suka makanan ais-kream dengan kentang goreng disitu .